Wednesday, 31 October 2012

Soalan latihan Simpulan Bahasa


Simpulan Bahasa

ada hati
ambil hati
berat hati
besar hati
buah hati
buta hati
curi hati
kecil hati
patah hati
rendah hati
terang hati
susah hati
hati berlian
hati terbuka
hati tikus
hati batu
Hati perut
tawar hati
puas hati
iri hati

1.   Ali seorang yang _____________________ walaupun mempunyai keluarga yang kaya.

2.  Mei Mei _____________________ hendak meninggalkan ibunya yang tinggal bersendirian di kampung.

3.   Lili seorang yang _____________________ dan disayangi oleh datuknya.

4.   Pengganas itu langsung tidak ber_____________________ kerana tergamak membunuh anak bayi yang tidak berdosa.

Simpulan Bahasa


Simpulan Bahasa

·         Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Ia merupakan kelompok  
       kata yang mempunyai susunan yang tetap.

·         Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang
      tepat dan padat.

·         Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:

 

Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada angin
berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hati
mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air muka
rupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayam
tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakat
mempunyai tokoh atau perwatakan
alas perut
makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
ambil berat
mengambil perhatian dan mengambil tahu tentang sesuatu hal
ambil hati
menyukakan hati seseorang
anak angkat
anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapa
anak yang disayangi oleh bapa
anak buah
orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
anak kandung
anak sendiri
anak kapal
kelasi kapal
anak yatim
anak yang kematian ibu atau bapa
angkat bakul
Orang yang suka memuji diri sendiri
angkat kaki
meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
angkat muka
berani menentang atau melawan
atas angin
negara-negara di sebelah barat
atas pagar
tidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatan
orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan