Thursday, 1 November 2012

contoh RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                            :     18/05/2011

Masa                                              :     11.00 pagi-12.00 tengah hari

Kelas                                             :     6A

Saiz Kelas                                     :     10 orang murid

Subjek                                           :     Bahasa Malaysia

Tahap Pencapaian pelajar            :     Murid boleh mengaitkan simpulan bahasa dengan contoh ayat dan keadaan yang dinyatakan.

Topik                                             :     Simpulan bahasa berkaitan dengan “hati”

Sub topik                                       :     Peribahasa

Konsep Utama                              :    

Fokus utama                    :     8.1    Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Fokus sampingan             :    5.1    Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Pengetahuan Sedia Ada               :     Murid pernah membaca simpulan bahasa dan menggunakkannya untuk mengisi tempat kosong.

Hasil Pembelajaran                       :    Pada akhir pembelajaran, murid berupaya:

1.      Melengkapkan ayat dengan simpulan bahasa yang sesuai.

2.      Murid dapat meneka simpulan bahasa berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi   :     1.   Berhubung kait - gambar dengan perkataan

2.      Memadankan perkataan menjadi simpulan bahasa

3.     Kreatif dan kritis – meneka maksud simpulan bahasa berdasarkan perkataan tersurat.

Nilai Murni                                    :    Kerjasama, rajin, berdikari, rasional

Bahan Bantu Mengajar                 :     LCD Projektor, kad manila, kad imbasan, marker pen berwarna

Strategi P&P                                 :     Dua hala dan berkumpulan

Setting Bilik Darjah                      :     Rutin

Prosedur dan Masa
Isi Kandungan / Kemahiran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
5 minit
 
(menarik
perhatian)
 
Bertutur- murid menyampaikan maklumat dengan betul.
 
Kemahiran intrapesonal
1.    Guru memaparkan kad imbasan yang mengandungi kata-kata simpulan bahasa.
 
2.     Murid memadankan kata yang diberi untuk membentuk simpulan bahasa.
 
3.    Guru dan murid membincangkan jawapan yang betul.
 
Kad imbasan
 
Hubung kait perkataan
 
 
 
Pengajaran
(15 minit)
 
(Permainan simpulan bahasa)
Kecerdasan pelbagai-seni visual dan logik matematik
 
sistem bahasa – peribahasa
 
 
 
1.     Guru menunjukkan slaid powerpoint yang bergambar “hati”.
 
2.     Murid meneka perkataan tersurat berdasarkan gambar.
 
3.     Guru menunjukkan 2 gambar dalam urutan dan murid meneka perkataan.
 
4.     Murid memadankan dua perkataan menjadi simpulan bahasa yang bermakna.
 
5.     Murid meneka maksud simpulan bahasa dan menyatakannya.
 
6.     Menyemak maksud simpulan bahasa dengan powerpoint guru.
 
 
Tayangan Slaid Powerpoint
 
Menaakul dan menghubung-kaitkan gambar dengan perkataan
Aplikasi
(20 minit)
 
(kerja kumpulan)
Kemahiran belajar cara belajar
 
Kemahiran menulis – mengatur dan memaparkan maklumat
 
Kemahiran Interpersonal
 
1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
 
2.     Setiap kumpulan diberi satu set lembaran gambar.
 
3.     Setiap kumpulan berbincang akan perkataan tersurat berdasarkan gambar.
 
4.      Murid menyusun dan memadankan gambar dengan simpulan bahasa.
 
5.     Murid menyemak maksud simpulan bahasa dengan kamus dan menulis di atas kad manila.
 
6.    Guru meronda memberi bantuan kepada murid.
 
Kad manila
 
Nilai murni – kerjasama, berdikari
 
Menyemak kefahaman
(15 minit)
 
(penilaian murid)
Kemahiran Bertutur-murid menyampaikan maklumat di depan khalayak ramai
 
Kemahiran berfikir – mengemukakan idea secara bernas
 
1.     Murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di depan kelas.
 
2.     Guru dan murid-murid menilai dan membuat perbandingan hasil kerja setiap kumpulan.
 
3.     Murid membina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih oleh guru.
 
4.    Guru memberi penjelasan kepada murid.
 
Peraturan sosialbudaya – peribahasa diamalkan di masyarakat
 
Kemahiran - rasional
 
Penutupan
(5 minit)
 
Kemahiran mendengar – memahami arahan guru
 
1.      Guru mengedarkan lembaran kerja.
 
2.     Murid melengkapkan lembaran kerja.
 
Pembelajaran kontekstual

1 comment:

  1. Syabas, Cikgu Sam. Slaid yang ditayangkan pastinya dapat menarik perhatian murid-murid. Permainan teka-teki diadakan juga menyeronokkan aktiviti P&P. Teruskan usaha lagi!

    ReplyDelete