Thursday, 1 November 2012

Latihan Simpulan Bahasa


Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

berat tulang
curi tulang
buah fikiran
sambil lewa
anak emas
cari jalan
ada hati
puas hati
beri muka
peluk tubuh


          Kamal ialah (1)_______________ Encik Zami. Sejak kecil lagi, Encik Zami dan isterinya terlalu mem(2)_______________kepada Kamal. Setelah dewasa, Kamal menjadi seorang pemuda yang (3) ______________. Dia tidak mahu mencari kerja walaupun sudah menamatkan pelajaran selama setengah tahun. Jika diberi kerja, dia pasti akan men(4)_______________ ketika membuat kerja. Kerjanya dilakukan secara(5) _______________. Encik Zami tidak ber(6)_______________ dengan perangai Kamal. Dia dan isterinya men(7)_______________ untuk mengubah sikap Kamal. Mereka tidak mahu ber(8)_______________ melihat keadaan Kamal. Mereka berpendapat bahawa jika(9) _______________, semua masalah dapat diselesaikan. Justeru, banyak(10) _______________ diberi oleh jiran-jirannya. Mereka berharap usaha Encik Zami dan isterinya akan berjaya.

2 comments: